Terma & Syarat | TripBajet.Biss.My

TripBajet.Biss.My

Terma & Syarat

Pelanggan dinasihatkan supaya membaca dengan teliti keseluruhan Terma & Syarat ini sebelum bersetuju untuk melanggan mana-mana pakej yang ditawarkan oleh TripBajet.Biss.My.

Terma & Syarat ini hendaklah dibaca bersama dan menjadi tambahan kepada peruntukan di bawah Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992 (“Akta”). Sekiranya berlaku percanggahan antara Terma ini dan peruntukan Akta, maka peruntukan Akta adalah terpakai dan mengatasi terma ini.

Dengan membuat tempahan dan pembayaran deposit kepada TripBajet.Biss.My, pelanggan dianggap telah:
  • (a) mengikat diri dalam kontrak yang sah dengan TripBajet.Biss.My; dan
  • (b) bersetuju sepenuhnya untuk terikat dengan semua Terma & Syarat yang ditetapkan.
1

Cara Membuat Tempahan

  • 1.1 Semua pembayaran pakej dibuat secara berperingkat: deposit pertama, deposit kedua dan bayaran penuh.
  • 1.2 Pelanggan hendaklah menghubungi TripBajet.Biss.My terlebih dahulu untuk pengesahan kekosongan tempat dan tarikh perjalanan.
  • 1.3 Tempahan tanpa deposit tidak akan diproses dan tempat duduk tidak akan dijamin.
  • 1.4 Pelanggan wajib memberikan maklumat lengkap seperti nama penuh, nombor kad pengenalan/pasport dan maklumat berkaitan sejurus selepas tempahan dibuat.
  • 1.5 Bagi pakej melebihi RM5,000: Deposit pertama RM1,000 dan deposit kedua RM2,000 dalam tempoh dua (2) bulan.
  • 1.6 Jika tarikh berlepas melebihi 6 bulan: Deposit pertama RM500 dan deposit kedua RM2,000 dalam tempoh dua (2) bulan.
  • 1.7 Bagi pakej bawah RM5,000: Deposit pertama RM500 dan deposit kedua RM1,000 dalam tempoh dua (2) bulan.
  • 1.8 Pakej tertakluk kepada harga tiket semasa – deposit boleh berubah tanpa notis.
  • 1.9 Bayaran penuh mesti dijelaskan selewat-lewatnya 45 hari sebelum tarikh berlepas.
  • 1.10 Jika tempahan dibuat kurang daripada 60 hari sebelum berlepas, bayaran penuh diperlukan serta-merta.
  • 1.11 Kelewatan pembayaran boleh menyebabkan perubahan harga pakej.
  • 1.12 Bukti pembayaran mesti disertakan dengan: Nama penuh, No IC/Passport, Tarikh perjalanan.
  • 1.13 Semua tempahan dan deposit dianggap persetujuan muktamad terhadap terma ini.
2

Ketepatan Maklumat Peribadi

  • 2.1 Pelanggan bertanggungjawab memastikan semua maklumat yang diberikan adalah tepat dan lengkap.
  • 2.2 Sekiranya tiada pembetulan dibuat dalam tempoh 24 jam selepas pengesahan, maklumat dianggap sah.
  • 2.3 TripBajet.Biss.My tidak bertanggungjawab atas kesilapan maklumat yang diberikan pelanggan.
  • 2.4 Pelanggan wajib mengisytiharkan tahap kesihatan sebelum tempahan.
  • 2.5 TripBajet.Biss.My berhak menolak tempahan jika tahap kesihatan boleh menjejaskan keselamatan atau perjalanan kumpulan.
  • 2.6 Peserta memerlukan bantuan khas mesti membawa pengiring dan peralatan sendiri.
  • 2.7 TripBajet.Biss.My tidak menyediakan penjagaan peribadi atau ubat-ubatan.
3

Pengesahan Butiran Pakej

Pelanggan wajib menyemak:

  • Harga pakej
  • Tarikh & masa penerbangan
  • Butiran hotel & bilik
  • Jadual perjalanan

Sebarang kesilapan mesti dimaklumkan dalam tempoh 24 jam.

4

Pembayaran

TripBajet.Biss.My menerima pembayaran melalui:

  • Wang tunai
  • Pemindahan bank
  • Kad kredit/debit (tertakluk cawangan tertentu)

Tempahan hanya disahkan selepas pembayaran berjaya diterima.

5

Bayaran Tambahan

  • 5.1 Tipping (jika ada) adalah wajib.
  • 5.2 Insurans perjalanan tidak termasuk dan sangat digalakkan.
  • 5.3 Tiket masuk tempat lawatan tertakluk kepada itinerary.
  • 5.4 Caj musim puncak boleh dikenakan.
  • 5.5 Caj bilik seorang dikenakan jika tiada pasangan bilik.
6

Pengangkutan

  • Jenis penerbangan tertakluk kepada ketersediaan & harga semasa.
  • Had bagasi tertakluk polisi syarikat penerbangan.
  • Perubahan jadual penerbangan adalah di luar kawalan TripBajet.Biss.My.
  • Sebarang kelewatan, pembatalan atau isu teknikal bukan tanggungjawab TripBajet.Biss.My.
7

Pembatalan & Pertukaran

Pembatalan mesti dibuat secara bertulis. Caj pembatalan:

  • 61 hari ke atas – 3% caj pentadbiran
  • 46–60 hari – deposit hangus
  • 31–45 hari – 50%
  • 15–30 hari – 75%
  • 0–14 hari – 100%

Jika tiket atau hotel telah dibayar, kos tersebut tidak boleh dipulangkan.

8

Jadual Perjalanan

Jadual adalah panduan umum dan boleh dipinda bergantung kepada keadaan cuaca, keselamatan, kesesakan atau faktor luar jangka.

9

Persiapan Perjalanan

  • Pasport sah minimum 6 bulan
  • Tidak disenarai hitam imigresen
  • Visa (jika perlu) tanggungjawab peserta
10

Penginapan

  • Minimum 2 orang satu bilik
  • Caj bilik seorang dikenakan jika perlu
  • Triple room tertakluk ketersediaan
11

Force Majeure (Act of God)

TripBajet.Biss.My tidak bertanggungjawab atas kejadian luar jangka seperti:

  • Bencana alam
  • Wabak
  • Peperangan
  • Arahan kerajaan

Sebarang refund tertakluk kepada pihak ketiga seperti airlines & hotel.

12

Tuntutan

  • Kehilangan barang mesti dilaporkan kepada pihak berkuasa.
  • Refund tertakluk kepada syarikat penerbangan/hotel.
  • Tiada tuntutan bagi kejadian luar kawalan syarikat.
13

Insurans & Kesihatan

  • Insurans perjalanan adalah wajib dan tanggungjawab peserta.
  • Peserta mesti sihat untuk menyertai perjalanan.
  • Peserta dengan penyakit kronik perlu surat doktor.
  • TripBajet.Biss.My tidak menanggung kos perubatan.
Nak semak tarikh & seat untuk trip anda? WhatsApp kami untuk cadangan pakej ikut bajet, tarikh & bil pax.